Thursday, 22 September 2011

Apa yang ku Mahu


Bismillah,



Setiap orang mengimpikan kekayaan,kebahagian,ketenangan,kesihatan tubuh badan dan bermacam-macam lagi kesenangan yang ada di dunia ini.Tapi tak semua orang dapat mengecapi kekayaan,kebahagiaan dan kesihatan tubuh badan sekaligus.Ada sebahagian darinya hanya memperoleh kekayaan sahaja tetapi tidak punya ketenangan dan kesihatan tubuh badan.Ada sebahagian lagi cuma memiliki kesihatan tubuh badan tetapi tidak punya kekayaan.


Apa yang kita benar-benar mahu sebenarnya dalam hidup kita ini.Adakah kita lebih inginkan kekayaan dari kebahagiaan dan kesihatan,ataupun kita lebih mahukan kebahagian dan kesihatan lebih dari kekayaan.Ataupun kita mahu semuanya sekali samada kekayaan,kebahagian,ketenangan dan kesihatan tubuh badan.Tapi bagaimana kita ingin mendapatkan kesemua sekali.


Pada pendapat saya perkara yang paling penting dalam hidup ini ialah kesihatan tubuh badan.Jika kita sihat tubuh badan sudah pasti kita akan mendapat ketenangan dan kebahagian disamping itu jika kita sihat tubuh badan kita boleh berkerja dengan tenang.Tapi apa yang paling penting ialah kita memohon kepada Allah s.w.t supaya memberi ketenangan,kebahagian,kesihatan tubuh badan dan harta kekayaan.


Rasanya hanya setakat ini sahaja yang saya kongsikan,,sekian...Inilah Pandanganku..

Sudah Takdir






Bismillah..



Sudah takdir.Sememangnya takdir itu sudah ditentukan Allah s.w.t .Ajal maut jodoh pertemuan dan perpisahan semuanya ditentukan olehnya belaka.Kita Sebagai manusia cuma merancang dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan segala-galanya.Kita sebagai hambanya mesti menerima segala dugaan yang diberinya dengan redha walaupun ianya pahit untuk ditelan.


Setiap yang berlaku samada baik ataupun buruk ada hikmahnya.Jika perkara yang buruk berlaku kepada kita mungkin ianya baik untuk orang lain.Jika kita alami perkara yang baik dalam hidup kita berharaplah supaya orang lain juga mendapat kebaikan darinya.Setiap masa yang berdetik dalam hidup kita ini kita manfaatkanlah supaya ianya tidak menjadi kehidupan yang sia-sia.


Rasanya entri kali ini sekadar ingin mengimbas semula takdir yang telah ditentukan keatas saya samada suka mahupun duka.Tak ada apa yang dapat saya kongsikan lagi rasanya.Sekian setakat ini....Inilah pandanganku.

Tuesday, 20 September 2011

Sedar diri...




Bismillah



Sedar diri.Mungkin kita selama ini tak sedar siapa kita dimata Allah dan dimata manusia.Tapi entri kali ini saya tidak berniat untuk mengutarakan siapa kita di mata Allah kerana rasanya masih belum layak lagi untuk membahaskan hal tersebut.Saya cuma hendak berkongsi sedikit pengalaman tentang siapa kita dimata manusia.Bukan keluarga tetapi dimata rakan-rakan sebaya kita.


Siapa kita dimata rakan-rakan kita.Adakah selama ini rakan-rakan kita berkawan dengan kita hanya satu bersandiwara di hadapan kita semata-semata untuk mendapat manfaat daripada kita.Adakah rakan-rakan kita benar benar mengangap kita sebagai rakan mereka ataupun mereka hanya mengangap kita hanya sebagai rakan tak guna.Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan.Adakah dengan kekurangan kita ini menyebabkan rakan-rakan kita berkawan dengan kita hanya setakat melepasakan batuk di tangga.Ataupun rakan-rakan kita berkawan dengan kita atas sebab kelebihan yang kita miliki.



Oleh itu,kita hendaklah sentiasa sedar kekurangan dan kelebihan diri kita supaya kita tidak diperalatkan rakan-rakan kita.Bukanlah niat untuk merasa syak wasangka kepada rakan-rakan kita sebaliknya untuk mengelakan diri kita diperalatkan rakan-rakan yang kurang baik ini.Apa perasaan anda jika rakan yang anda rasakan rakan baik anda tetapi rakan yang anda rasakan rakan baik anda tidak merasakan anda rakan baik baiknya.Dan bagaimana pula perasaan anda jika rakan baik anda membuat khianat kepada anda.Semuan jawapan berada dalam diri anda sendri.


Akhir sekali,saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa hati dan jika ada tidak setuju dengan pendapat saya ini. Ini cuma setakat pandangan saya sahaja.Memang tidak dapat dinafikan memang banyak rakan-rakan yang baik diluar sana..Inilah Pandanganku..Sekian setakat ini

Monday, 19 September 2011

Jangan manis terus ditelan,,Pahit terus dibuang


Bismillah




Tajuk Entri kali ini saya petik dari sebuah bidalan iaitu Jangan manis terus ditelan,Pahit terus dibuang.Bagi saya makna daripda bidalan ini sering berlaku dalam kehidupan seharian kita khususnya dalam kehidupan saya sendri.Manis ni ialah rasa yang semua orang suka.Manis juga boleh dikaitkan dengan kecantikan,keindahan dan segala macam perkara yang indah-indah.Tapi tidak semua perkara yang manis ini boleh kita terima.Kadang kadang perkara-perkara yang manis ini boleh menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita.Perkara yang manis ini jika kita terus menelannya akhirnya boleh menyebabkan kita derita.Contoh dalam percintaan atau persahabatan pada mulanya indah-indah belaka.Tapi bila tiba diakhirnya boleh menjadi derita.



Tidak semua pahit itu buruk dan busuk.Perkara yang bermulannya dengan pahit tidak semestinya berakhir dengan kekecewaan dan kesedihan.Perkara yang pahit untuk kita terima pada mulanya boleh menjadi kebahagian dan kegembiraan di akhirnya.Misalnya dalam faktor kegagalan yang kita tempuhi tidak kira apa sahaja.Kegagalan itu boleh mendidik kita menjadi lebih dewasa dan lebih memahami erti kegagalan.Walau 1000x gagal sekali pun itu bukanlah gagal yang sebenar.Gagal yang sebenar adalah apabila kita gagal kita tidak bangon semula


Renung-renunkanlah apa yang tersirat dalam bidalan ini.Terlalu banyak untuk dihuraikan dengan maksud bidalan tersebut.Ianya bergantung dari pengalaman anda sendiri sebagai seorang manusia.Akhir sekali ingin saya memetik lagu aris ariwatan "Andai kau beroleh bahagia ingat itu bukan untuk selamanya".."Andai kau dalam sengsara ingat itu bukan untuk selamnya".."Hidup ini sementara,,



Sekian setakay ini..

Saturday, 17 September 2011

Bebas


Bismillah


Entri kali bertajuk bebas.Mungkin anda masih belum tahu apa sebernanya maksud bebas.Mungkin yang anda biasa dengar bebas dari penjajah,bebas dari masalah dan bebas pergaulan.Tapi bukan itu semua yang saya keutarakan pada enti kali.Yang saya nak keutarakan ialah bebas dari pemikiran yang kolot.Contohnya dengan mengangap kejayaan akademik boleh menjamin masa depan anda.Memang tidak dapat saya nafikan memang banyak kebaikan jika kita berjaya dalam akademik.Tapi tidak bermakna jika anda tidak berjaya dalam akademik anda tidak boleh berjaya dalam hidup anda.



Yang penting dalam hidup ini ialah belajar dari kehidupan.Bagi pelajar yang mendapat keputusan 9A+ misalnya dalam keputusan SPM belum tentu beliau pandai mengatur kehidupannya,mungkin beliau hanya pandai dalam kertas sahaja tetapi secara praktikalnya tidak.Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memusakan atau gagal dalam akademik tidak semestinya beliau akan gagal dalam hidup beliau.Kadang-kadang pelajar yang gagal dalam akademik lebih berjaya hidupnya daripada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.


Berdasarkan pengalaman saya pelajar yang berada dikelas hadapan ini segelintirnya merasakan diri mereka lebih baik dan hebat dari pelajar yang berada di kelas belakang.Mereka juga memperlekihkan pelajar-pelajar yang kurang berjaya dalam akademik.



Sekali lagi saya menegaskan bahawa kejayaan akademik bukanlah satu-satunya jalan untuk berjaya dalam hidup.Apa ang penting sekali ialah berusaha kejalan yang anda minat untuk ceburi.Jika ada rakan-rakan saya yang terbaca enti saya kali ini saya memohon maaf jika ada yang terasa hati...Sekian setakat ini

Mana lagi Penting Sahabat, kekasih ,atau Keluarga

Bismillah










Mana lagi penting sahabat,kekasih ataupun keluarga.Bagi yang menjawab sahabat anda salah.Bagi yang menjawab kekasih juga salah.Dan bagi yang menjawab keluarga juga anda salah.Jadi kalau semuanya salah yang mana lagi penting.Jawapannya semuanya penting dan masing masing ada mempunyai kepentingan yang berbeza.


Cuba tengok dalam satu keadaan jika anda tiba-tiba rosak motor tengah jalan,adakah anda telifon ibu atau kekasih anda untuk membantu rasanya tidak,anda mesti telifon sahabat anda.Dalam situasi lain pula misalnya seluar anda koyak.Adakah anda akan minta tolong kekasih anda atau sahabat anda untuk jahitkan seluar anda jawapannya sudah tentu tidak .Anda akan minta tolong siapa lagi kalau bukan ibu anda untuk jahitkan seluar anda.Jika anda dalam kesedihan anda biasanya akan menceritakan kesedihan itu kepada kekasih anda.Ini pendapat saya terpulang kepada anda untuk terima atau tidak.Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak berlandaskan pada pengalaman.

Cuba anda jawab soalan ni


anda memandu sebuah motorsikar berkuasa 130cc,sampai di satu hentian bas anda ternampak 3 orang yang ada kenali iaitu..kekasih anda yang amat anda cintai,sahabat anda yang telah banyak menolong anda dan menyelamatkan nyawa anda,serta seorang tua yang di kenali anda sebagai ibu kandung.jadi yang mana patut anda tumpangkan..

Friday, 16 September 2011

Penyakit Lemah Jiwa


Bismillah,


Penyakit lemah jiwa.mungkin anda tidak mengetahui apa itu penyakit lemah jiwa.Yang biasa kita dengari ialah penyakit lemah jantung.Tapi tahukah anda penyakit lemah jiwa ni lebih berbahaya dari penyakit lemah jantung.Penyakit lemah jiwa ini bila-bila masa sahaja boleh membunuh jiwa.Bila jiwa kita mati manusia sebernanya sudah mati sebelum mati.Tapi sayang penyakit ini tidak dapat dikesan oleh doktor kerana penyakit ini bukan penyakit fizikal.


Jiwa yang sihat ialah jiwa yang bersih,sejahtera dan selamat.Manakala jiwa yang sakit ialah jiwa yang lemah dan mudah goyang serta tidak ada pendirian yang tetap.Yang memimpin dan mendorong diri kita selama ini ialah nafsu dan syaitan.Kita sebagai manusia dimuka bumi ini mestilah memyucikan jiwa kita dengan membuang pekara-pekara yang boleh mengakibatkan penyakit jiwa.


Sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud


Beruntunglah orang orang yang menyucikan jiwannya.Rugilah orang-orang yang mengotorkan jiwanya
(surah Asy Syam:9-10)




Dipetik dan ditranslate dalam bahasa sendiri

Dari:Telah Lama aku Katakan

Thursday, 15 September 2011

Penyakit Ego

Bismillah



Penyakit ego ini melanda pada orang yang berpangkat tinngi,berkelulusan tinggi mereka merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain.Sebabnya lahir penyakit ego ni apabila mereka rasa berkebolehan,berjaya,istimewa lebih dari orang lain,maka lenyaplah rasa kekurangan,kelemahan dan kehambahan secara sedar ataupun tidak sedar.


Bagi orang yang merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain maka dia akan mengatur hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusaha menjaga statusnya.

Adakah kita termasuk dalam senarai orang yang sombong..Berikut merupakan sifat-sifat orang yang sombong.

1)Memandang rendah orang lain
2)Menghina,Memalukan,menengking orang lain.
3)Tidak menerima pendapat orang lain
4)Dia mahu orang melihat dia hebat


Dipetik dan ditranslate dalam bahasa sendri

dari:Telah Lama Aku Katakan

Telah lama aku Katakan


Bismillah


Telah lama aku katakan.Mungkin para pembaca tertanya-tanya dengan tajuk entry ni.Sebenarnya Telah lama aku katakan ni merupakan salah satu buku yang telah dibaca oleh saya.Buku ini mengisahkan tentang kehidupan kita yang singkat dan kematian itu boleh datang sedetik sahaja lagi,


Pernahkah anda terfikir yang anda akan dihukum gantung hingga mati,ataupun kalau bukan kita cuba bayangkan kawan kita atau siapa sahaja telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,akibat kesalahan yang dilakukan.

Jika kita akan dihukum mati satu jam lagi adakah kita akan terfikir nak beli rumah baru,kereta baru,dan apa sahaja yang berbentuk duniawi.Waktu itu kitalah manusia yang paling susah dan gelisah di dunia.

Cuba anda bayangkan anda cuma ada masa 1jam sahaja lagi untuk hidup.Apa yang anda lakukan,,adakah anda masih berfoya-foya atau gelisah ataupun bertaubat.Kesimpulannya kita mestilah sentiasa ingat mati.Kita manusia hanya merancang dan Allah s.w.t yang menentukan,


Dipetik dan Di translate dalam bahasa sendiri

TELAH LAMA AKU KATAKAN

Wednesday, 14 September 2011

Kau Sahabatku Kau Teman Sejati


Kau Sahabat Kau Teman sejati

Mungkin anda sering tertanya-tanya apakah anda seorang teman yang baik untuk rakan-rakan anda.Bagi yang tak pernah terfikir samada anda seorang teman yang baik atau tidak mungkin anda ni tak perlu ada teman.

Disini saya nak berkongsi sedikit macam mana nak mengenali diri anda sama ada anda ni seorang teman yang baik ataupun sebaliknya.

Berikut merupakan cara-cara menjadi teman yang baik

1)Memahami diri rakan anda.Anda mestilah boleh menerima,nasihat dan pandangan rakan anda sama ada baik mahupun buruk dengan hati yang terbuka.

2)Boleh berkongsi apa sahaja.Contohnya apabila rakan anda dalam kesusahan dan kesedihan,,anda mestilah mengambil bahagian dengan berkongsi cerita.Anda juga tidak boleh menceritakan rahsia rakan anda kepada orang lain

3)Jujur..Anda mestilah jujur dengan rakan anda.Anda juga tidak seharusnya membenar-benarkan kata-kata rakan anda walaupun apa yang dikatakan rakan anda adalah dusta belaka.Anda mestilah bersikap jujur walau dalam apa keadaan sekalipun.



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri
Sahabat sejati tahu kapan harus berdiam diri, menyemangati, membiarkan berdiri sendiri, dan saling berbagi.

Tuesday, 13 September 2011

Apa Beza Cinta,Sayang,Suka,Minat,,,? from prof Mr Que



Apa beza Cinta,sayang,suka,minat??ad beza ke??Mestilah


Cinta=Cinta ni dari pandangan prof Mr Que ialah orang yang kita harapkan dia jadi milik kita.Kita juga selalu memikirkan dia .Kita sentiasa nak tau mana dia pergi,dengan siapa dia pergi.dan seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia



Sayang=Sayang..erm,,sayang ni orang yang kita perlukan tatkala dalam duka.contohnya keluarga,sahabt dan siapa sahaja yang kita rasa sesuai.


Suka= suka perangai seseorang.Contohnya , kita suka pasal dia peramah,kelakar,dan macam-macam lagi.Orang yang kita suka ni biasanya mudah untuk kita rindui


Minat=Minat ni contohnya kita minat seseorang tu pasal dia hensem ke cantik ke dan lain

Monday, 12 September 2011

Leftenan adnan Pejuang atau Pengkhianat


Bismillah

Apa yang hendak saya tuliskan ini tidak ada kait mengait dengan politik atau mana-mana pihak semuanya hanya dari pandangan saya sendiri.Persoalannya adalah leftenan adnan pejuang atau pun pengkhianat.Mengikut fakta sejarah yang kita ketahui Leftenan adnan ni adalah seorang wira yang mempertahankan negara kita dari ancaman jepun.Tapi adakah benar Leftenan adnan ini seorang perjuang ataupun pengkhianat bangsa.

Mari kita lihat sekilas lalu,adakah leftenan adnan ini mempertahankan tanah melayu.ia dia memang mempertahankan tanah melayu iaitu Singapura suatu ketika dahulu.Tapi dengan siapakah Leftenan adnan berkhidmat.sudah tentu dengan pihak british..Jika dilahat leftenan adnan tidak pula diagungkan rakyat Singapura sebaliknya lebih dipuja rakyat malaysia,,ini adalah pandangan saya sendiri,,so terpulang kepada anda untuk menerimanya ataupun tidak..wallahualam..sekian setakat ini

Cinta Teragung


CINTA TERAGUNG,

Cinta agung hanya layak untukmu
engkau yang terlalu amat besar rahmatnya ,
kepada hamba-hamba dan makhluknya ,
kau yang  rahmat dan keampunannya,
lebih besar dari kemurkaanya,

kau yang tidak pernah tidur dan lena,
bahkan maha suci dari sifat-sifat itu,
Kerana melayani hamba-hambanya dan makhluknya,

salam kasih dan rinduku,ku persembahkan
kepada kekasihmu,keluarganya dan sahabat-sahabat yang sangat mengkasihi kita.

Demi apa yang menerbangkan debu sekuat-kuatnya,
Dan awan yang mengandungi hujan,
Dan kapal-kapal yang berlayar dengan mudah di tengah lautan.

Sunday, 11 September 2011

7 jenis Penyakit hati?apa tu?

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk menulis sedikit artikel mengenai penyakit hati,Penyakit hati apa kebendenye tu,,Kalau nak tahu penyakit hati ni lebih bahaya dari penyakit luaran atau fizikal.berikut adalah 7 jenis penyakit hati
                            7 Penyakit Hati : 
1) Membanggakan Diri (al-’ujub)
2) Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghurur)
3) Sombong atau Bongkak (at-takabbur)
4) Suka Menunjuk-nunjuk (al-riya’)
5) Buruk sangka (su’al-zhann)
6) Kikir / Bakhil (al-syuhh)
7) Dendam (al-hiqd)

Sbelum itu kenal dulu satu persatu maksudnyaa1),mula-mula ujub,,ujub bermaksud membanggakan diri.Kita rasa kita lebih hebat dari orang lain.Seperti saya sendiri kadang-kadang disekolah saya diri saya lebih hebat dari orng lain.2) ghurur bermaksud terpedaya dengan perasaan sendiri.senangkata tertipu dengan diri sendiri dengan mengangap diri kita lebih baik dari orabg lain.3)takabbbur Sombong atau riyak perasaan ni datang bila kita merasakan kita lebih baik dan hebat  dari orang lain.4)riya suka menunjuk-nunjuk kehebatan dan kebaikan kita..5)su'al-zhan kita mrasakab orng lain tidak bagus.6)al-Syuh kikir atau bakhil  dan 7)hiqd Dendam



Macam mana nak merawat penyakit-penyakit hati ni,
  • Kita mesti sentiasa sedar kalau kita hebat, ada yang lebih hebat dari kita
  • dan Allah Maha Hebat
  • Kemudian, sentiasa muhasabah
  • ingat balik kelemahan dan kesilapan kita
  • dan terakhir sekali istighfar selalu, dan mohon daripada Allah petunjuk


    berikut hadis dari Rasullullah s.a.w 
    Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan; suka, duka, cinta, benci, marah, buruk sangka, ingin dipuji dan sebagainya. Perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah sangat cepat didalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negatif, amal yang lahir adalah keburukan. Kerana itu, Rasulullah bersabda, sesungguhnya didalam diri manusia ada sebuah jasad. Jika ia baik, akan baik seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah, ia adalah hati (Hadis Riwayat Ahmad).


    Setakat ini hanya inilah yang dapat saya kongsikan.Sumber-Sumber maklumat yang saya dapat juga dari bloger-bloger yang terlebih dahulu menulis sebelum saya mungkin cara pendektannya yang berbeza.akhir qalam segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yanh buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri,,sekian setakat ini

Saturday, 10 September 2011

First entry

  Assalamualaikum,,dan selamat sejahtera.Pertama sekali ingin saya bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menulis sebuah blog setelah kian lama memendam rasa.Sebagai First entry ini  tidak saya berniat untuk menulis panjang sebaliknya hanya untuk menceritakan  dorongan yang membuat saya tertarik untuk menulis sebuah blog.Semuanya bermula setelah saya membaca blog yang dikongsikan salah satu guru saya yang ditulis oleh nya sendri.Entrynya bertajuk Kawan dan Sahabat ada bezanya.Setalah saya membaca blog guru tersebut yang berbentuk ilmiah  terasa jauh didalam sudut hati ingin berkongsi pendapat mengenai isu-isu yang berbentuk ilmiah,sejarah dan pendapat saya mengenai sesuatu hal dalam negara mahupun antarabangsa.Saya juga berharap dapat mengelakan dari menulis isu-isu berbentuk hiburan yang melampau.

  Sebelum saya memulakan kupasan-kupasan saya yang selanjutnya,saya ingin mengupas sedikit mengenai Kawan dan Sahabat ada bezanya yang ditulis guru saya.Kawan adalah orang yang kita kenali sama ada disekolah,kolej mahupun di tempat kerja.Kawan boleh ditakrifkan sebagai orang yang kita kenali sahaja,tetapi tidak kita ketahui dimana tempat tinggalnya,asalnya,peranganiya.Kawan juga seorang yang hadir dalam kegembiraan kita dan apbila kita dalam kesusahan bayangnyapun tidak kelihatan.


  Tapi bagaimana pula dengan sahabat.Sahabat ialah orang yang kita tahu tempat tinggalnya,asalnya dan perangainya.Sahabat juga akan mengajak kita kearah kebaikan dan bukan kearah kemungkaran.Sahabat akan menemani kita dalam keadaan senang mahupun susah.Sahabat juga orang yang selalu kita rindui apabila ketiadaanya.Sahabat sukar dicari bagai mencari permata dalam kaca.kilawannya sama.tetapi berbeza.


  Itulah sedikit kupasan mengenai Kawan dan Sahabat ada bezanya yang dapat saya terangkan.Mudah-mudahan sedikit sebanyak kupasan ini dapat anda fikir-fikirkan.Akhir kata saya ingin meminta maaf jika ada yang tidak setuju dengan pendapat saya.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.sekian setakat ini..